February 22, 2011

ikLan 18SXG

I.K.L.A.N
Source: digitmagz.com


Rasanya semua orang tahu iklan tu apa kan..tapi basically iklan menurut pandangan saya adalah satu medium untuk mempromote atau nak bagi tahu kewujudan sesuatu seperti produk, servis-servis, majlis mahupun rancangan-rancangan yang akan di siarkan di tv. Iklan boleh datang dalam pelbagai bentuk..elektronik, papan-papan iklan yg kat highway tu, iklan along tampal2 kat tiang2 letrik dan sebagai nya!

Ape yang saya cube ketengahkan ni ialah satu isu yang rasa nya seluruh jagat dah merasainya! Masa terbaca pasal 'iklan howt' (klik di sini) yang semakin di publickan oleh media hasil luahan seorang teman sestudio dulu saya tergerak tuk memperkatakan perkara yang sama yang dah lama terbuku kat hati..

Saya pecaya..ramai yang dah lalui benda ni, tapi tak tahu nak buat ape! And saya adalah salah seorang daripada nya!



Menonton bersama keluarga bnyk faedah nya,,tapi,,iklan ny??


Bayangkanlah..anda sedang menonton rancangan Mari Mengaji di tv contohnya,, dan cube mengsustainkan ape yg ustaz tadi dah dok ajar dengan anak2 atau pun adik...sedang seronok mencube taranum sendiri, tetibe, time commercial brake..,

Payudara kurang menarik??
Terlalu kecil atau kendur??
USAH BIMBANG!!
Payuda Atika Beauty ada penyelesaiannya!!!
what the..!!!
 ....
TV dan kids susah di pisahkan!

Memalukan!!! Lagi malu bile si anak kecil yang sama2 menonton ni tadi,,yang umurnya belum cukup matang utk mengerti, terkekeh-kekeh ketawa dengan abang nya bila apple yang kecut tu tadi jadik besar dan segar! haish..siap dengan gamba yang tak patut la!  Bayangkanlah,,siap banding2kan breast pompuan dengan apple??? apekahhh!!! Kalau betul pun nak promote barang, kenali dulu pasaran dan sasaran pengguna! Dah nama mya produk untuk tutt,,sah2 lah pengguna nya wanita dewasa! kenapa perlu iklankan secara terlalu public di tv malah di skrin besar kat mamak stall! 



Hanya gamba hiasan. Source:Google

Alahaiii,,,,makin ramai yang terpelajar di zaman nih, makin banyak pulak yang kena ajar! Kalau ye pun *elektronik satu-satunya medium terbaik utk pengiklanan* atau *pihak tv cuba kaut keuntungan tanpa memikirkan sensitiviti rakyat* (dalam kes ni sensitiviti wanita),,,pihak tv cari lah waktu airtime yang sesuai! Keluarkan iklan2 18SGX ni semua di waktu pagi ketika anak-anak ke sekolah,,time diorang tak menonton tv! Bukan di waktu petang masa keluarga sedang bersantai depan tv atau masa kartun2 sedang di tayangkan!

Mungkin diorang rasa kanak-kanak tak faham ngan iklan tu semua,,tapi kalau hari2 iklan macam tu di momok kan kat depan mata diorang,,macam mana lah kita nak ajar anak2 kita, adik2 kita erti malu..erti menghormati hak orang lain! 



Itu belum lagi bercakap pasal iklan tuala wanita,,ataupun...



Anda kesunyian??
Ingin mencari cinta?
Taip On ke 32xxx dan dapatkan cinta sejati anda!


Nauzubillah! Jangan la ada yang terpedaya! Sedih bila pikir kalo adik kakak kite anak2 kite terpedaya dgn sesuatu sekeji ini! Mudah nya 'cinta' yang di 'cari'...

Hadoi..lemah smangat di buatnya!
Alangkah mudahnya manusia cari keuntungan tanpa mau memikirkan kesan jangka panjang! 
Ya Allah..kau selamatkanlah aqidah anak bangsa ku! Janganlah kau palingkan hati2 kami dari terus menghadapMu! Amin!

..::Wallahualam::.. 


No comments:

Post a Comment